fbpx

Peluang Liverpool ungguli carta liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON berharap para pemain Liverpool sempat cergas sepenuhnya untuk aksi bertemu Spurs di Anfield awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Pertemuan menentang Tottenham Hotspur di Anfield awal pagi esok adalah peluang keemasan buat juara bertahan, Liverpool kembali me­rampas takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 13 perlawanan musim ini.

The Reds ketika ini menghuni tangga kedua, namun mempu­nyai 25 mata sama dengan Spurs dan cuma dibezakan dengan kelebihan jumlah perbezaan gol antara kedua-dua pasukan.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson menganggap perlawanan tersebut amat penting buat mereka, lebih-lebih lagi selepas skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mempamerkan prestasi kurang meyakinkan ketika seri 1-1 dengan Fulham di Craven Cottage kelmarin.

“Perlawanan menentang Spurs mungkin boleh dikatakan salah satu aksi paling penting musim ini. Kami perlu melakukan persiapan terbaik bagi memastikan keputusan memihak kepada Liverpool.

“EPL adalah satu saingan liga yang sangat kompetitif kerana semua pasukan memiliki pe­luang untuk melakar kemena­ngan. Kami sudah mengalaminya ketika bertemu Fulham dan Aston Villa sebelum ini,” kata pemain tengah skuad antarabangsa England itu.

Justeru, Henderson menggesa rakan-rakan sepasukannya agar berusaha mencapai tahap kecergasan maksimum supaya dapat memberikan prestasi terbaik sekali gus berjaya menebus kekecewaan kepada Fulham kelmarin.

“Kami hanya perlu terus beraksi seperti yang dimahukan jurulatih. Saya tahu waktu rehat sangat singkat tetapi semua pemain perlu pastikan mereka sentiasa cergas dan bersedia untuk diturunkan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI