fbpx

Orang Asli cekik isteri kini stabil di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang lelaki Orang Asli suku kaum Temiar yang bertindak di luar batasan apa­bila sanggup mencekik isterinya sampai mati berada dalam keadaan stabil selepas meminum racun rumput pada Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Suprintendan Sik Phoon Soo berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak sedemikian kerana cuba untuk menamatkan riwayat hidupnya kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Katanya, sewaktu menerima rawatan, suspek telah ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin hingga Ahad ini.

“Selain itu, kita turut merampas bekas yang digunakan untuk mengisi racun rumput yang diminum suspek ketika cuba membunuh diri.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian itu,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Phoon Soo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, suspek bertindakn mencekik isterinya sampai mati hanya kerana mempercayai fitnah pasangannya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di Kampung Liak, Pos Brooke di Gua Musang pada Ahad lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI