fbpx

Maut kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan BBP Rengit mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Jaya Diri, Kampung Parit Lapis awal pagi hari ini.

Oleh MOHAMAD FATH RAHMAT

BATU PAHAT – Seorang pemandu Perodua Bezza maut selepas melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di Jalan Jaya Diri Kampung Parit Lapis awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.25 pagi, mangsa dikenali sebagai Ng Jing Guan, 32, maut serta merta di lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Nasib Mohd. Sam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai.

“Satu jentera FRT dari BBP Rengit dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Senggarang ke Benut dan kemalangan melibatkan seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian hadapan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya,pihaknya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 2.24 pagi,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI