fbpx

Lapor kes rasuah atau kena dakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
ATIKAH DALI, PENGARANG BERITA

Kelmarin, seramai tujuh anggota imigresen didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Pendakwaan ke atas kesemua anggota muda itu dijalankan serentak di lima negeri iaitu Selangor, Kelantan, Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

Mereka merupakan sebahagian anggota imigresen yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Ops Selat selepas dipercayai bersekongkol dengan ejen berkaitan cap pasport dan melepaskan warga asing daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Sebelum itu, pada Jumaat lalu, seorang anggota jabatan sama turut didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur atas kesalahan sama. Jumlah anggota imigresen yang sudah dituduh seramai lapan orang setakat ini.

Hari ini, seorang lagi dijangka dituduh di Terengganu.

Pendakwaan ke atas kumpulan penjawat awam itu menyaksikan kepantasan SPRM menjalankan siasatan kes tersebut yang mendapat liputan meluas media termasuk beberapa pendedahan anggota Gred 19 memiliki Rolls-Royce, ada rekod jenayah dan bersekongkol dengan kongsi gelap.

Ini yang dinantikan oleh rakyat Malaysia, mereka yang dianggap sebagai pengkhianat negara melalui proses siasatan, ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Pasukan penguat kuasa merupakan kelompok penjawat awam berisiko tinggi terdedah dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ruang dan peluang sentiasa ada tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa. Kumpulan ini sentiasa ‘diintai’ dan diumpan dengan wang, barangan mewah, percutian dan lain-lain lagi.

Hanya mereka yang betul-betul memiliki integriti yang tinggi dapat melepasi ‘ujian’, manakala yang gelap mata akan hanyut.

Langkah SPRM mengheret lima penjawat awam iaitu kakitangan Kementerian Kewangan yang menyembunyikan tawaran rasuah ke mahkamah baru-baru ini diharap dapat membantu suruhanjaya itu memerangi jenayah kolar putih ini.

Malaysia dikatakan satu-satunya negara di dunia yang memperuntukkan undang-undang bagi kesalahan itu dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah sebagai satu amalan baik.

Membanteras rasuah memerlukan kerjasama dua pihak iaitu pemberi dan penerima.

Mungkin sebelum ini ada yang ambil pendekatan kunci mulut atau menolak secara baik apabila ditawarkan ganjaran, namun selepas ini mereka kena berfikir dua kali.

Mereka yang ditawarkan habuan perlu melaporkan kepada jabatan atau SPRM atau berdepan tindakan undang-undang.

Seperti kata Datuk Shamshun Bahrin Mohd. Jamil yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, laporlah sekiranya tahu mengenai aktiviti atau tawaran rasuah.

Anda mempunyai pilihan sama ada untuk menjadi ‘hero’ dan ‘penjenayah’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI