fbpx

Jumlah penerima LZS untuk bantuan sekolah meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saipolyazan (tengah belakang sekali) bersama beberapa penerima bantuan persekolahan LZS di ibu pejabat LZS, Shah Alam, hari ini. FOTO : MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan peningkatan penerima bantuan persekolahan kepada 70,258 pelajar tahun ini berbanding 65,000 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, peningkatan itu susulan ramai keluarga di negeri ini terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Ini melibatkan peruntukkan sebanyak RM34.6juta dalam membantu persiapan persekolahan mereka tahun ini.

“Kita membuat tapisan terlebih dahulu sebelum meluluskan bantuan kepada mereka yang layak dan memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas Program Agihan Bantuan Persekolahan LZS sesi 2021 di ibu pejabat LZS, hari ini.

Beliau memberitahu, para penerima bantuan diberikan bantuan yuran persekolahan di antara RM100 hingga RM250 seorang.

Ujarnya, penyerahan bantuan dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu kredit ke akaun bank, baucar tunai dan secara tunai bagi kes tertentu.

“Bantuan keperluan peralatan pula adalah RM150 untuk pelajar sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan (RM170) dan sekolah menengah kebangsaan dan agama (RM200) menggunakan sistem penebusan tanpa tunai iaitu wang dimasukkan ke dalam Mykad penerima,” jelasnya.

Sehubungan itu, Saipolyazan menyeru orang ramai yang berkelayakan melakukan pembayaran zakat supaya dapat membantu lebih ramai asnaf serta  fakir di negeri ini.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Azli Ibrahim, 43, menegaskan pendapatannya sebagai peniaga burger terjejas teruk sehingga 50 peratus susulan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.

“Bantuan itu amat diperlukan dan meringankan beban dalam persiapan sesi persekolahan bagi tiga anak saya pada tahun depan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI