fbpx

‘Janji rezeki tak lari’ – Netizen persoal definisi ‘lagu pertandingan’ Azmeer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT meluahkan kekecewaan apabila tiada satu pun karya ciptaan penyanyi muda berbakat besar Yonnyboii (kiri) dan Naim Daniel layak ke pentas AJL35.

PETALING JAYA – Rumah siap, pahat berbunyi. Bidalan tersebut sesuai menggambarkan rasa tidak puas hati peminat apabila lagu yang disifatkan berpotensi dan dijangka layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) gagal lolos ke pentas berprestij tersebut.

Antara yang paling menjadi sebutan dalam Twitter adalah lagu-lagu nyanyian dan ciptaan komposer muda berbakat besar, Yonnyboii.

Daripada tiga karya ciptaan dan nyanyian Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azri, 22, iaitu Sakit, Kelabu dan X Missing U, tiada satu pun ‘sangkut’ ke pentas AJL35 yang dijadualkan berlangsung Februari tahun hadapan.

“Yonnyboii satu lagu pun tak masuk AJL35. Apa kriteria pemilihan depa (juri) ini. Pilih kasih ke macam mana? Yonnyboii lagu semua ‘deep’, satu pun tak lepas,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter lain pula mempersoalkan definisi ‘bukan lagu pertandingan’ seperti diperkatakan ketua juri, Azmeer mengenai lagu Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal.

“Lagu Yonnyboii tak layak ke AJL sebab bukan lagu pertandingan? Apa maksud Azmeer ini? Jadi, lagu apa yang dikatakan lagu pertandingan?

“Jadi, lagu Hutang tepuk amai-amai belalang kupu-kupu itukah definisi lagu pertandingan,” ciap netizen berkenaan.

Terdahulu, Azmeer berkata, terdapat juga lagu yang dikategorikan sebagai lagu popular, tetapi tidak memenuhi kriteria untuk layak ke AJL seperti Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal.

“Saya suka lagu itu, tetapi karya itu lebih kepada lagu popular dan bukan lagu pertandingan,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Semua lagu bertanding dinilai tujuh juri profesional diketuai komposer terkenal, Azmeer. Dia juga meminta peminat untuk memahami proses pemarkahan dari sudut teknikal.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan peminat mempersoalkan keputusan juri apabila lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Naim Daniel turut gagal mara ke AJL35.

Sementara itu, Yonnyboii melalui satu hantaran dalam Instagram menzahirkan rasa terima kasih atas peluang yang diberi selama ini.

“Harap anda semua akan terus bersama dalam perjuangan saya. Tahniah kepada semua yang telah tercalon malam ini. Harap semua dapat buat yang terbaik di pentas AJL nanti. Janji rezeki tak lari,” tulis Yonnyboii. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI