fbpx

Empat beradik ‘ketum’ dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

JEMPOL – Empat beradik yang sedang leka mengisi cecair kehitaman dipercayai air ketum ke dalam paket lutsinar berjaya dicekup polis dalam satu operasi di kawasan kebun kelapa sawit Felda Lui Selatan, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, kesemua lelaki berusia 24 hingga 36 tahun itu dipercayai menjadikan port di kawasan kebun sawit berkenaan sebagai tempat memasak, memproses dan membungkus air ketum berkenaan sejak enam bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, ketika serbuan dibuat, kesemuanya sedang leka mengisi air ketum berkenaan ke dalam peket-peket lutsinar yang kemudiannya diletakkan di dalam tong plastik warna oren di bawah pokok kelapa sawit .

“Port yang terletak dalam kebun kelapa sawit di felda berkenaan telah digempur sekitar pukul 11 pagi. Port ini dianggarkan kira-kira satu kilometer dari kawasan perkampungan tanah rancangan berkenaan.

“Dalam serbuan ini, kita turut merampas tiga tong plastik berwarna oren, satu tong plastik berwarna biru, dua tong gas, dua dapur masak, satu bungkus plastik bertulis billion didalamnya terdapat plastik-plastik kosong.

“Selain itu, turut dirampas satu bungkus plastik berisi getah gelang, dua alat tapis besar, empat alat tapis kain, tiga kayu mengacau, tiga jug plastik, satu tong berisi daun-daun kering yang telah direbus, satu khemah kanvas dan tali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata, kesemua yang ditangkap telah diuji saringan awal air kencing mereka dan didapati negatif.

Bagaimanapun menurutnya, dua daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Kesemuanya kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 20 Disember dan kes disiasat di bawah Seskyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Jika sabit kesalahan suspek berhadapan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI