fbpx

Arsenal perlu bangkit pamer belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIERNEY (tengah) menggesa rakan-rakan sepasukannya bangkit menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan EPL. – AFP

LONDON – Tonggak pertahanan kiri Arsenal, Kieran Tierney menggesa rakan-rakan sepasukannya supaya bangkit memikul tanggungjawab terhadap empat kekalahan berturut-turut di laman sendiri, Stadium Emirates dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners sepatutnya berasa malu kerana setiap pasukan kini berlumba-lumba untuk meraih kemenangan ‘percuma’ seperti Arsenal tewas 0-1 kepada pasukan kelompok bawahan liga, Burnley hasil jaringan sendiri Pierre-Emerick Aubameyang.

Justeru, Tierney, 23, berharap mereka menunjukkan kebangkitan prestasi dengan menwaskan Southampton di Emirates awal pagi esok sekali gus menamatkan lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan sehinggakan dicemuh oleh penyokong-penyokong sendiri.

“Kami gagal bermain pada pres­tasi sebenar. Kami tidak boleh memberikan sebarang alasan, sebaliknya perlu mengakui kesilapan sendiri sehingga memberi kesan yang sangat negatif kepada kelab.

“Penyokong tidak berhak menanggung malu seperti ini, begitu juga pengurus. Kami sebagai pemain yang perlu bertanggungjawab dengan situasi sekarang,” luah Tierney.

Pemain antarabangsa Scotland itu juga berharap penyokong-penyokong Arsenal berhenti ‘menyerang’ pengurus, Mikel Arteta disebabkan persembahan yang tidak memberangsangkan dipamerkan para pemain sejak kebelakangan ini.

“Pengurus langsung tidak bersalah terhadap kegagalan pasukan menampilkan aksi terbaik. Semua pemain perlu bekerjasama untuk kembali bangkit pada perlawanan seterusnya,” jelas Tierney. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI