fbpx

Akaun FB palsu KSU KKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun FB palsu KSU KKMM

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan kewujudan akaun Facebook palsu yang diwujudkan atas nama Mohammad Bin Mentek.

KKMM dalam satu kenyataan berkata, akaun Facebook palsu di pautan https://www.facebook.com/mohammad.binmentek.1  itu menggunakan nama serta gambar Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek.

“Pautan akaun Facebook rasmi Ketua Setiausaha KKMM adalah https://www.facebook.com/mohammad.binmentek.

“Justeru, KKMM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan akaun tersebut,” katanya di sini hari ini.

KKMM berkata, laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) berhubung perkara ini telah dibuat.

Katanya, KKMM sentiasa berusaha menangani penyebaran berita palsu serta akaun palsu secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam kekal terpelihara.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan prihatin dengan membuat semakan dan pengesahan daripada sumber rasmi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di pautan akaun palsu tersebut mendapati ia tidak lagi boleh diakses. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI