fbpx

235 individu ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 235 individu telah ditahan semalam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 233 individu telah dikompaun manakala dua lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82), tidak memakai pelitup muka (81), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (57 dan lain-lain (15),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 50,724 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard PKP Pemulihan (PKPP).

Katanya, sebanyak 2,990 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,025 anggota telah membuat pemantauan di 3,560 pasar raya, 5,017 restoran serta 1,534 penjaja, 1,340 kilang, 3,513 bank dan 3,106 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 942 terminal pengangkutan darat, 255 terminal pengangkutan air serta 100 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Ops Benteng.

“Turut ditahan ialah lima penyeludup, selain tujuh kenderaan darat dan empat bot atau kapal dirampas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI