fbpx

TH belum terima makluman ibadah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan belum menerima sebarang pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung perincian musim haji pada tahun depan.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, surat tawaran haji bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pihaknya sebaik menerima makluman daripada Arab Saudi.

“Untuk makluman semua, TH masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berkaitan perincian musim haji tahun 1442H/2021M.

“Surat tawaran tunai haji akan dikeluarkan sebaik sahaja TH menerima ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi berkaitan dengan pelaksanaan haji pada tahun depan,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, TH menasihati pendepositnya supaya mengemas kini maklumat peribadi sekiranya ada sebarang perubahan pada alamat, nombor telefon dan penamaan waris.

“Kemas kini itu bagi memudahkan pihaknya menghubungi pendeposit selain mengelakkan kes surat tawaran tunai haji tidak diterima kerana bertukar alamat.

“Pendeposit TH juga digalakkan untuk mendaftar aplikasi perkhidmatan THiJARI (www.thijari.com.my) di mana bakal haji boleh menyemak pendaftaran haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI