fbpx

Sumareh puas bantu Police Tero menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAREH sudah cergas sepenuhnya dan bersedia membantu Police Tero yang menduduki tangga kesembilan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Thailand.

PEMAIN naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan selepas membantu pasukan Police Tero menewaskan Rayong FC 1-0 pada aksi Liga Thailand kelmarin.

Sebagai rekod, bekas pemain pasukan Pahang tersebut telah diberi peluang dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak berhijrah ke negara Gajah Putih itu pada September lepas.

Bagaimanapun, bintang sayap negara itu hanya beraksi selama 57 minit sebelum ketua jurulatih Police Tero, Rangsan Vivatchaichok menggantikannya dengan pemain tempatan, Kirati Keawsombut.

Kata Sumareh, keadaan fizikal dan kecergasannya sebelum ini masih belum berada pada tahap memuaskan selain memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan negara serta liga yang baharu.

“Saya sangat berpuas hati apabila akhirnya diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama kerana bukan mudah untuk menyesuaikan diri dalam kancah Liga Thailand yang cukup kompetitif.

“Sebelum ini, saya memang mengalami kecederaan tetapi sekarang sudah cergas sepenuhnya dan apa yang pasti, saya tidak boleh berpuas hati selain perlu terus bekerja keras jika mahu kekal dalam kesebelasan utama.

“Kini, misi saya adalah membantu pasukan mendaki carta liga memandangkan saingan pusingan pertama akan berakhir dalam tiga perlawanan sahaja lagi,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Police Tero ketika ini menduduki tangga kesembilan liga selepas mengutip 19 mata daripada 14 perlawanan manakala Bangkok Glass Pathum selesa mendahului carta liga dengan 38 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI