fbpx

Stor barangan tiruan kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP menunjukkan telefon bimbit dan aksesori tiruan di salah sebuah stor di kompleks membeli-belah, Jalan Pasar Klang, semalam.

KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu empat buah stor yang menyimpan telefon bimbit dan aksesori tiruan di kompleks membeli-belah, Jalan Pasar Klang di sini semalam.

Serbuan pukul 3 petang itu merampas keseluruhan barangan tiruan bernilai RM15,000.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan itu hasil pemantauan pihaknya bersama pasukan khas polis kontinjen Selangor sejak dua minggu lalu.

Katanya, stor itu dijadikan pusat pengedaran telefon bimbit dan aksesori yang beroperasi secara atas talian di laman platform perniagaan terkenal di negara ini.

“Hasil pemeriksaan menemui 13 unit telefon bimbit, ear phone (140), airpods (205), power box (181) dan bluetooth (23) yang masing-masing jenama Samsung, Huawei, Apple dan Beats.

“Berdasarkan keterangan empat individu berusia 30 hingga 35 tahun yang ditemui di lokasi kejadian mengakui pemilik perniagaan dan barangan disita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati menjalankan perniagaan tersebut sejak tiga bulan lalu dan menerima permintaan tinggi daripada pelanggan atas talian.

Kata Muhamad Zikril, mereka mendapat barangan tiruan tersebut dari negara China.

“Telefon bimbit itu dijual pada harga RM180 hingga RM200 manakala aksesori dengan harga serendah RM10 sahaja.

“Kes disiasat dibawah seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI