PETALING JAYA – Telekom Malaysia Berhad (TM) mengesahkan seorang pekerjanya di TMpoint Kajang positif Covid-19 pada 13 Disember 2020.
TM dalam satu kenyataan berkata, susulan itu pihaknya mengambil tindakan segera segera dengan menutup TMpoint Kajang sehingga 27 Disember 2020 untuk sanitasi dan nyahkuman.
“Sementara itu, cawangan TMpoint yang lain terus beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta panduan keselamatan tambahan TM bagi memastikan para pelanggan kami terus dilayani.
“Pengesanan kontak juga dijalankan Kementerian Kesihatan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Krisis Covid-19 TM, untuk mengenal pasti mereka yang telah berhubung rapat dengan anggota itu,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE