fbpx

Pengarah agensi penguat kuasa, pengarah syarikat direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengarah agensi penguat kuasa dan seorang pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

PUTRAJAYA – Dua individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa Minyak Gred Berat di perairan Malaysia.

Pengarah agensi penguat kuasa tersebut direman sehingga 18 Disember depan manakala seorang pengarah syarikat direman lima hari sehingga 19 Disember bagi membantu siasatan kes sama.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kedua-dua suspek berumur antara 50 dan 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 9 hingga 12 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, antara tahun 2019 hingga 2020 pengarah agensi kerajaan tersebut disyaki telah menerima suapan secara bulanan daripada pengurus syarikat perkapalan sebagai balasan tidak menjalankan pemeriksaan ke atas kapal yang menjalankan aktiviti pengisian minyak di perairan Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan, lima individu termasuk seorang timbalan ketua pengarah bergelar Datuk direman selama bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Turut direman seorang setiausaha bahagian dan tiga pengarah syarikat perkapalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI