fbpx

Pengantin meraung bekas kekasih datang ke majlis resepsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan pengantin wanita menangis seperti diserang histeria melihat bekas kekasihnya. – Kompas.com/Idham Khalid

JAKARTA – Seorang penga­ntin wanita di Lombok menangis seperti diserang histeria apabila bekas kekasihnya datang pada majlis resepsi perkahwinannya, Sabtu lalu.

Menurut laporan Tribunnews, insiden di Desa Labuan Lombok, Lombok Timur itu tular di laman Instagram selepas dimuat naik oleh seorang tetamu di majlis tersebut.

Bekas teman lelaki pengantin perempuan bernama Dayat datang ke majlis itu kerana mahu mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

Namun, saat Dayat naik ke atas pelamin, pengantin perempuan dilihat tidak dapat mengawal perasaan dan mula menangis seperti diserang histeria.

Menerusi paparan video Instagram itu, Dayat dilihat sempat mendekati pengantin lelaki dan memeluknya.

Pengantin perempuan terus menangis teresak-esak melihat tindakan Dayat menyebabkan dia hampir pitam.

Sementara itu, Dayat memberitahu bahawa dia berniat baik menghadiri majlis perkahwinan tersebut atas undangan kedua-dua mempelai.

“Niat saya untuk melihat pasangan ini bahagia pada hari perkahwinan mereka.

“Saya sanggup datang dari Lombok Barat ke Lombok Timur, iaitu lokasi majlis resepsi ini. Saya gembira melihat bekas kekasih tersenyum pada hari bahagia­nya,” katanya kepada Tribun Ming­gu, kelmarin.

Setakat kelmarin, klip video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @inforseputarlombok itu mencatat 21,326 tontonan.
–Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI