fbpx

Orang Asli cekik isteri hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli suku kaum Temiar sanggup mencekik isterinya sehingga mati hanya kerana mempercayai fitnah yang mengatakan wanita itu melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di rumahnya di Kampung Liak, Pos Brooke dekat Gua Musang kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, suami mangsa, mengakibatkan ibu kepada lima anak, Huda Sudin, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati, suami mangsa yang berusia 45 tahun telah bertindak meminum racun rumput dipercayai untuk membunuh diri selepas kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek mengesyaki isterinya melakukan hubungan seks beberapa kali dengan seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Selepas berlaku pergaduhan dan pergelutan, suspek dipercayai telah mencekik isterinya di dalam rumah itu.

“Isterinya dipercayai meronta-ronta sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian. Takut dengan keadaan itu, suspek telah keluar dari rumah dipercayai untuk membeli minuman keras dengan memandu kereta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Menurut Shafien, apabila pulang ke rumah, suspek dipercayai telah minum minuman keras itu sehingga mabuk sebelum minum racun untuk membunuh diri.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, suami mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut selepas penduduk setempat melihat keadaannya yang sudah tidak sedarkan diri.

“Wanita itu juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI