fbpx

‘Nak jumpa sebab nak kenal Michael lebih dekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraniza Idris.

PETALING JAYA – Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris tidak menyimpan sebarang rasa dendam terhadap Michael Ang selepas pengarah dan penerbit bermulut lancang itu mengkritik ‘pedas’ penglibatannya dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) yang baru sahaja melabuhkan tirainya Ahad lalu.

Kata Noraniza, 52, tujuannya ingin bersemuka dengan Michael hanya kerana ingin mengenali lelaki itu dengan lebih dekat.

“Sebenarnya, tiada apa pun tetapi saya tak boleh tipu memang beremosi. Bukan apa, individu berpengaruh macam Michael boleh menarik orang untuk bercakap perkara yang tidak elok. Macam mengumpat.

“Bahasa yang digunakan pun tidak berapa manis, saya tidak biasa. Kita ajar budak-budak dan golongan pelapis tentang adab dan sebagainya tetapi orang yang kita tidak kenal cakap gunakan bahasa yang kurang manis. Kita orang Malaysia, ada adab dan tatasusila dalam bercakap.

“Sejujurnya, tiada rasa dendam cuma tujuan saya nak berjumpa dengan Michael kerana ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Kalau macam Azwan Ali saya sudah kenal walaupun mulut dia bising tetapi kita kenal. Saya tak kenal Michael. Nama sahaja kenal jadi saya nak kenal dia secara peribadi,” ujar pelantun lagu Dikir Puteri itu kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Pada konsert akhir GV7 Ahad lalu, Noraniza menghadirkan persembahan bertenaga dan berjaya meraih tempat keempat walaupun pada minggu terdahulu ramai yang berpendapat dia tidak layak bertanding kerana hanya mampu melakukan persembahan bergenre Irama Malaysia sahaja.

Menerusi Twitter, nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada Michael.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI