fbpx

Mourinho bengang Spurs sekadar seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEGAGALAN Spurs bermain mengikut arahan menyaksikan Schlupp (dua dari kanan) berjaya meledak gol penyamaan buat Palace malam kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyelar barisan pemainnya kerana tidak mengikut arahan ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park malam kelmarin.

Spurs menjaringkan gol menerusi penyerang berbisa, Harry Kane pada minit ke-33, namun tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Jeffrey Schlupp ketika perlawanan berbaki sembilan minit sebelum tamat.

Mourinho menyifatkan, be­liau terpaksa akur dengan keputusan satu mata itu dise­babkan keengganan barisan pemainnya mengikut arahan yang diberikan pada separuh masa kedua.

“Bagi saya, kami bermain sangat bagus sepanjang 45 minit pertama tetapi segalanya berubah selepas waktu rehat. Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan aksi keseluruhan.

“Cuma saya akui pemain-pemain gagal melakukan apa yang telah disuruh kerana saya ada mengubah taktikal ketika waktu rehat. Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri,” katanya.

Mourinho turut mengarahkan para pemainnya supaya tidak berkampung dalam kawasan sendiri dan berusaha mencari tambahan gol.

“Saya menyuruh semua pemain berge­rak ke depan dan bermain se­perti babak pertama. Tujuannya supaya Palace tidak dapat menguasai perlawanan.

“Namun, ia tidak berlaku, sebaliknya Palace berjaya meledak gol penyamaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI