fbpx

Lori tunda MBSA terjunam ke dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori tunda yang terjunam ke dalam longkang ketika sedang mengisi minyak tengah hari tadi.

SUNGAI BULOH – Sebuah lori tunda milik Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) terjunam ke dalam sebuah longkang ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan BRP 1/10a di sini pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut pemandu trak yang enggan dikenali itu, dia keluar untuk membayar duit minyak di kaunter ketika menyedari bunyi kuat yang mengejutkan.

“Kemudian saya toleh ke belakang untuk mencari punca bunyi itu sebelum menyedari lori sudah meluncur ke arah jalan raya.

“Lori itu melanggar pagar penghadang sebelum terjunam ke dalam longkang,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Dia berkata, kemungkinan lori tersebut bergerak sendiri ialah brek tangan yang tidak berfungsi, namun perlu menunggu siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI