fbpx

Kolej Elektoral sahkan kemenangan Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden berucap pada majlis pengumuman rasmi keputusan Kolej Elektoral di Dewan Queen, Wilmington, Delaware semalam. - AFP

WASHINGTON – Calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan bakal menjadi Presiden AS ke-46 selepas keputusan rasmi undian elektoral diumumkan semalam.

Biden memperoleh 306 undi elektoral dan menewaskan Donald Trump yang mendapat hanya 232 undi sekali gus memberikan laluan mudah bagi beliau untuk ke White House 20 Januari depan.

Negeri California menjadi penentu kemenangan Biden apabila kiraan sebanyak 55 undi menjadikan beliau memperoleh majoriti melebihi 270 undian.

Biden berkata, beliau menyeru seluruh rakyat AS untuk bersatu padu dan dalam masa yang sama akan memulihkan keadaan daripada impak negatif yang ditinggalkan Trump.

“Demokrasi masih wujud, rakyat sudah mengundi dan integriti dalam sistem pilihan raya kita masih utuh.

“Inilah masanya untuk kita membuka lembaran baharu, bersatu padu dan pulih. Saya akan menjadi presiden untuk semua rakyat AS,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI