fbpx

Isteri Ozzy Osbourne positif ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZZY (kiri) bersama Sharon ketika menghadiri Anugerah Tahunan Grammy Ke-62 di Los Anegeles, California pada 26 Januari lalu. - AFP

 

 

LOS ANGELES, California – Personaliti televisyen Britain- Amerika Syarikat, Sharon Osbourne  didapati positif ujian Covid-19, demikian menurut akaun Twitter rasminya.

Selebriti berumur 68 tahun yang merupakan  pengacara dalam program bual bicara terbitan CBS, The Talk itu berkata semalam bahawa dia akan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan singkat di hospital.

Seorang lagi pengacara program televisyen itu,  Carrie Ann Inaba positif ujian koronavirus pada minggu lalu.

Sharon akan mengasingkan diri daripada suaminya yang merupakan legenda muzik rock, Ozzy Osbourne. Sharon berkata, ujian Covid-19 Ozzy adalah negatif.

Ozzy terkenal kerana gelagat bingitnya  di pentas. Antara aksi pentasnya yang paling popular adalah apabila dia memakan seekor kelawar.

Bagaimanapun,  dalam satu temu bual bersama majalah GQ bulan lalu, Ozzy, 72, berkata, keadaan kesihatannya termasuk penyakit emfisema menyebabkan dia mudah mendapat jangkitan Covid-19.

Sharon sebelum ini mendedahkan bahawa cucu perempuannya positif Covid-19 pada September lepas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI