Oleh RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU – Kerja-kerja sanitasi bagi mencegah merebaknya sesuatu penyakit berjangkit giat dijalankan di B5 Market Street, Tampoi bermula malam tadi.
Sebagaimana yang dimaklumkan daerah Johor Bahru telah diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 7 hingga 20 Disember.
Pengurus Komunikasi Damansara Assets Sdn. Bhd., Nuha Abdullah berkata, dalam usaha mencegah penyebaran Covid 19, pihak pengurusan telah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengamalkan proses sanitasi secara berkala setiap hari di B5 Market Street.
“B5 Johor Street Market ditutup selama enam hari bermula 13 Disember hingga 19 Disember bagi menjalankan kerja-kerja semburan nyahkuman.
“Selain perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyewa dan pelanggan yang menunjukkan gejala seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas adalah tidak dibenarkan memasuki premis ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Nuha, bukan hanya B5 Market Street yang dijalankan sanitasi, tetapi kesemua premis perniagaan di bawah Damansara Assets antaranya Larkin Sentral, @ Mart Kempas dan Pusat Perniagaan Taman Dahlia sentiasa di nyahkuman sejak bermulanya pendamik Covid-19 pada bulan Mac lalu.
Tinjauan Kosmo! di B5 Street Market mendapati kerja-kerja sanitasi dibuat di seluruh bangunan seperti tandas, surau, kedai makan dan siar kaki bermula 8.45 malam oleh ABM Cleaning dengan di pantau pegawai dari Kementerian Kesihatan. – K! ONLINE