fbpx

‘Carut tak bermaksud saya benci, saya okey dengan Kak Ani’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michael Ang.

PETALING JAYA – Pengarah dan penerbit, Michael Ang menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah apatah lagi berdendam dengan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.

Michael juga akan tetap memberikan kritikan kepada sesiapa terutama penyanyi yang bertanding dalam program nyanyian walaupun Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) sudah pun berakhir.

“GV7 pun sudah habis. Beginilah, jawapan saya senang. Saya carut bukan bermaksud saya benci. Orang nak cakap pasal saya mualaf ke apa, memang saya mualaf pun.

“Kalau saya bencikan seseorang, lagilah saya tak ingin bercakap, tengok mukanya dan sebut namanya. Saya akan anggap macam orang itu tidak wujud,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Kata Michael lagi, seandainya dia terserempak atau bersemuka dengan pelantun lagu Dikir Puteri itu, dia akan tetap menegurdan melayan penyanyi itu seperti biasa.

“Kalau Kak Ani cakap satu Malaysia kenal Azwan Ali dan mulut lancangnya, saya rasa orang pun tahu saya jenis macam mana.

“Tiada apalah. GV7 pun sudah habis. Tunggu GV8 saya akan tetap carut dan beri kritikan menerusi Twitter, Tunggu!” kata Michael yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya, Love Elsa yang dibintangi Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI