fbpx

Berasa malu dengan diri sendiri dan keluarga setelah dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isu rogol sedang hangat diperkatakan di media sosial buat masa sekarang yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai mempersoalkan mangsa rogol kerana lambat untuk mengambil tindakan sehingga membiarkan si pelaku bebas dengan tiada tindakan diambil bahkan ada yang mencari mangsa terbaru.

Baru-baru ini tular satu pengakuan dalam Facebook IIUM Confessions – BM mengenai seorang mangsa rogol menceritakan pengalaman pahit tersebut dan mengapa dia tidak membuat laporan polis.

Mangsa yang dikenali sebagai Nur, menceritakan dia berasa takut dan malu membuatkan dirinya tidak membuat laporan polis.

“Bukan taknak buat laporan polis, bukan taknak pergi cek di hospital tetapi saya tak kuat untuk buat semua tu.

“Saya berasa buntu dan tidak tahu jalan, saya malu serta tidak mahu keluarga terpalit sama,” tulisnya dalam posting tersebut.

Dalam pada itu, Nur menjelaskan kejadian malang menimpan dirinya itu ketika dia berusia 19 tahun dan bekerja sanbilan di sebuah kedai baju oleh kawan rapatnya sendiri.

“Pada malam kejadian, si pelaku membawa saya keluar menaiki keretanya atas alasan mahu pergi minum di samping sepupunya ikut bersama.

“Namun, kemudian dia membawa saya ke sebuah rumah kosong yang gelap dan disuruh untuk turun dengan alasan mahu bersembang di situ selepas ditinggalkan sepupunya yang membawa kereta itu pergi dan meninggalkan kami berdua sahaja,” jelasnya.

Jelasnya, dalam keadaan ketakutan dan hanya boleh menjerit di dalam hati memanggil ibunya, dia dirogol kawan baiknya sendiri pada malam hari lahir ibunya.

“Saya cuba merayu supaya dia tidak melakukan perbuatan terkutuk ini namun semuanya diendahkannya apabila nafsu mula menguasai diri.

“Dia memberitahu saya, kawan-kawan yang lain tidak mempercayai saya masih dara, dengan dorongan sifat ingin tahu dia melakukan perbuatan itu kerana dicabar oleh rakan-rakan lain,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini sejarah hitam tersebut hanya diketahui oleh suaminya sendiri dan dia trauma serta menangis sepanjang malam kerana dikhianati kawan baiknya sendiri.

“Setiap hari saya tulis surat, diari panjang-panjang untuk membuat laporan polis tetapi tiada kekuatan kerana malu untuk melihat muka ibu dan ayah yang terluka.

“Suami mula mengetahui kisah silam saya kerana di awal pernikahan saya takut disentuh dan berasa malu kepada suami tetapi suami seorang yang sangat memahami dan sangat baik setelah saya menceritakan segalanya yang terjadi,” jelasnya.

Tambahnya, dia berharap netizen tidak mudah mengadili sesuatu cerita tanpa mengetahui kisah sebenar.

Dalam pada itu, sehingga pukul 2 petang hari ini, posting tersebut mendapat 3,000 like dan 593 perkongsian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI