fbpx

Arsenal makin parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kanan) dilayangkan kad merah kerana mencekik leher pemain Burnley, Ashley Westwood. - AFP

LONDON – Nasib Arsenal terus dirudum malang apabila mencatat kekalahan keempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 0-1 kepada Burnley awal pagi semalam sekali gus gagal meraih kemenangan daripada lima aksi liga berturut-turut.

Lebih malang, kekalahan di Stadium Emirates itu menyaksikan The Gunners merekodkan permulaan terburuk EPL sejak musim 1974/1975.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan menekan butang panik meskipun mereka kini menduduki tangga ke-15 dengan hanya 13 mata daripada 12 perlawanan setakat ini.

Arteta, 38, menganggap barisan pemainnya telah bermain dengan positif, cuma nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada Burnley menerusi jaringan sendiri Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-73.

AUBAMEYANG (dua dari kanan) menjaringkan gol sendiri menyaksikan Arsenal tewas 0-1 kepada Burnley. – AFP

“Apa yang kami pamerkan menentang Burnley lebih baik berbanding tewas kepada Tottenham Hotspur minggu lalu. Cuma kami tidak bernasib baik.

“Kegagalan menjaringkan gol adalah salah satu punca kami gagal meraih mata. Anda tidak boleh menang jika gagal menjaringkan gol selepas mencipta banyak peluang,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut mengkritik sikap negatif pemain tengah, Granit Xhaka yang dila­yangkan kad merah pada minit ke-58 sekali gus menjadi punca utama kekalahan The Gunners.

“Xhaka layak diarahkan keluar padang kerana tindakannya itu yang secara tidak langsung telah merugikan pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI