fbpx

Ahli Parlimen sokong Belanjawan belum tentu bersetuju dengan PN- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa gaji dan prestasi penjawat awam akan terkesan sekiranya belanjawan tidak diluluskan menjadi punca mengapa sejumlah Ahli Parlimen menyokong belanjawan tersebut.

Katanya, mereka bersetuju terhadap belanjawan itu sebagai solidariti ke atas jutaan penjawat awam yang turut terkesan di era ekonomi pandemik namun, belum tentu mereka bersetuju dengan kerajaan PN.

“Adalah dikesalkan juga tatkala terdapat beberapa orang ahli Parlimen yang telah menyatakan pandangan keras terhadap beberapa isu sebelum ini telah mengundi untuk menyokong belanjawan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, Belanjawan 2021 mempunyai banyak kelemahan yang telah dibuktikan secara terperinci di Dewan Rakyat oleh Ahli-Ahli Parlimen.

“Meski Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, masih terdapat banyak perkara dan butir-butir di dalam belanjawan yang tidak dihiraukan oleh kerajaan PN,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI