fbpx

8 cemas bas ekspres masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63.1 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Ibrahim, Pontian hari ini.

PONTIAN – Lapan penumpang termasuk seorang pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kilometer 63.1 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Ibrahim di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi itu, kesemua penumpang bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan membawa penumpang dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas memasuki sebuah parit sebelum melanggar pondok perhentian bas.

“Tiada kecederaan pada pemandu dan juga penumpang dilaporkan dan bas mengalami kerosakan di bahagian depan , cermin besar, lampu depan kiri dan kanan serta tempat penyimpanan barang,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Mustafa berkata, kemalangan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI