fbpx

Wanita Vietnam mengaku tidak bersalah rasuah polis RM29,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga Vietnam Do Thi Nhung (kanan) di bawa ke mahkamah atas dakwaan memberi rasuah sebanyak RM 29,600 kepada seorang anggota polis di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warganegara Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan memberi rasuah sebanyak RM29,600 kepada seorang pegawai polis, awal bulan lalu.

Tertuduh, Do Thi Nhung, 25, membuat pengakuan berkenaan dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Thi Nung didakwa memberi rasuah sebanyak RM29,600 kepada seorang pegawai polis di Jalan Padi Malinja 5, Taman Senai Baru, Kulai pada pukul 9 pagi, 2 Disember lalu.

Suapan tersebut sebagai dorongan agar pegawai kanan polis terbabit tidak mengambil tindakan terhadap dua rakannya atas kesalahan memiliki minuman keras tidak bercukai.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Ikhsan Jalaludin.

Kamarudin kemudian tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Januari tahun depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI