fbpx

Tiada pesakit positif ditempatkan di First World, saringan dilakukan Jabatan Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BENTONG – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial menyatakan individu positif Covid-19 diletakkan di Hotel First World di Genting Highlands.

Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, berita berkenaan tidak benar sama sekali malah ujian saringan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan, bukannya pihak Genting.

“Mana-mana individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan ditetapkan manakala yang tidak positif diletakkan di Hotel First World.

“Jadi timbul isu seperti yang ditularkan di media sosial pada masa ini yang menyatakan individu positif diletakkan di Hotel First World,”katanya di sini, hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial mendakwa saringan kes Covid-19 di Genting Highlands dilakukan pihak swasta dan diletakkan di Hotel First World.

Susulan itu juga dakwaan yang tular menyatakan pihak polis telah bertindak naik ke kawasan berkenaan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zairasyahli berkata, pihak polis telah lama berada di kawasan berkenaan bagi mengawal susulan penularan kes Covid-19.

Katanya, kawalan ketat dilakukan selepas beberapa kawasan di Genting Highlands dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI