fbpx

Solar dedah rejim kejam diet Mamamoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLAR MAMAMOO

PENYANYI Solar mendedahkan dia bersama anggota kumpulan Mamamoo yang lain berdepan pengalaman perit ketika menjalani penggambaran untuk video muzik mereka.

Menerusi video muzik berkenaan, Mamamoo menampilkan konsep busana yang cantik dan selain menonjolkan kesukaran koreografi sukar yang perlu mereka lakukan.

Lebih menyukarkan keadaan, mereka perlu berdiet sepanjang penggambaran.

Solar memberitahu, mereka tidak makan sepanjang hari sehingga menyebabkan badan berasa lemah kerana bekerja dalam keadaan perut kosong.

“Tetapi penggambaran tidak sempat habis dalam masa sehari dan terpaksa dianjak dua hari. Jadi kami tidak makan selama dua hari berturut-turut.

“Makan membuatkan badan kami akan kembung. Jadi kami tidak makan langsung ketika itu,” dedahnya ketika muncul dalam program Boss In The Mirror.

Bagaimanapun, Solar dipuji rakan-rakan Mamamoo yang lain kerana tetap memberi kata-kata semangat kepada mereka meskipun dia juga berdepan kelesuan sepanjang penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI