fbpx

Pekerja positif Covid-19, hotel ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel Zenith di sini ditutup sementara selepas seorang pekerjanya diuji positif Covid-19.

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Hotel Zenith di sini hari ini menutup operasi harian untuk tempoh sementara selepas salah seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Pengurusan hotel tersebut menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, pekerja berkenaan kini dirawat di hospital selepas mengalami gangguan pernafasan.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak melakukan kontak rapat bersama pekerja-pekerja lain di premis tersebut sebelum disahkan positif.

“Pihak hotel sedang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk melakukan langkah seterusnya bagi mengawal risiko jangkitan serta langkah pembasmian kuman.

“Dengan itu, pihak kami mengumumkan penutupan sementara premis hotel ini bagi membolehkan langkah-langkah tersebut dilaksanakan,” ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai urusan di hotel tersebut boleh menghubungi Pengarah Operasi, Eddie Sani melalui talian 09-565 9595 untuk keterangan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI