fbpx

Pakej My30 diperkenal di Pulau Pinang, Kuantan bermula tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pas Mutiara dan Pas Lestari diperkenalkan dalam pakej My30 oleh Prasarana bermula tahun depan

PETALING JAYA- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperluaskan pas perjalanan tanpa had My30 ke Pulau Pinang dan Kuantan bermula 1 Januari depan setelah menerima sambutan hangat di Lembah Klang dan Selangor.

Prasarana berkata, Rapid Penang akan menggunakan Pas Mutiara My30 untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang Prai, manakala Rapid Kuantan akan menggunakan Pas Lestari My30 untuk perkhidmatan bas yang meliputi bandar Kuantan, Pekan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

“Dengan pengenalan kedua-dua pas perjalanan tanpa had ini, Prasarana berharap akan membantu mengurangkan perbelanjaaan rakyat untuk urusan pengangkutan harian dan lebih ramai akan menggunakan kedua-dua perkhidmatan bas ini,” kata Prasarana dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi Pas Mutiara My30 yang dibuka eksklusif untuk warga negara Malaysia, para pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang berulang kali pada satu hari dengan hanya berbelanja RM30 sebulan.

Bagaimanapun, pas itu tidak meliputi perjalanan menggunakan feri Pulau Pinang yang tidak lagi dikendalikan Prasarana mulai 1 Januari.

“Menggunakan konsep yang sama, para pengguna perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang
warga negara Malaysia boleh menaiki bas Rapid Kuantan seberapa banyak kalipun sehari dengan berbelanja RM30 sebulan untuk Pas Lestari My30,” tambahnya.

Pas Mutiara My30 dan Pas Lestari My30 memerlukan mempunyai nilai baki kad RM5 untuk urusan pendaftaran.

“Justeru itu, bagi pembelian kali pertama, bayaran RM5 dikenakan untuk pendaftaran di samping tambahan RM5 untuk harga kad berkenaan. Oleh itu, pembelian kali pertama adalah sebanyak RM40.

“Apabila pembelian semula untuk langgan seterusnya, para pengguna hanya membayar RM30 sahaja,” kata kenyataan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI