PETALING JAYA- Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilihat seakan-akan mahu menjadi ‘abang sado’ selepas beliau memuat naik sekeping gambar memakai rantai besi di leher.
Gambar itu yang dimuat naik di laman media sosial twitternya tadi turut mendapat pelbagai reakasi netizen selain dikongsi lebih 250 kali.
“Saya mencuba,” ciap Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dengan memaparkan gambar dirinya sedang melakukan aktiviti senaman sambil mengenakan rantai besi.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter, @nafiznazly menyifatkan ciapan itu sebagai contoh terbaik kepada rakyat untuk melakukan aktiviti kecergasan.
“Selamat maju jaya YB, rindu ucapan YB di Kementerian Pendidikan, bagus YB sekarang, banyak memberi contoh kepada rakyat untuk melakukan aktiviti kecergasan,” ciapnya.
Seorang lagi pengguna, @En_Blue_Bird turut menyifatkan Maszlee Malik sebagai seorang yang ganas.
“Ganas gila YB, nak balun siapa untuk PRU akan datang ni,” tulisnya. -K! ONLINE