fbpx

Kucing mati tersepit ada unsur khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kucing mati selepas kepalanya tersepit pada pintu roller shutter sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Tampoi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seekor kucing ditemui mati tersepit dalam keadaan menyayat hati dipercayai angkara perbuatan khianat di sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini awal pagi hari ini.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian itu disedari orang awam pukul 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada persatuan tidak lama kemudian.

Menurut kenyataan itu, kucing berkenaan mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ bank tersebut.

Katanya, kematian kucing itu seperti sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing sewaktu ‘roller shutter’ sedang turun secara perlahan untuk menutup pintu ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi ‘roller shutter’ kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan haiwan itu akan berlari pergi.

“Kejadian ini seolah-olah badan kucing itu sengaja ditahan hingga lehernya tersepit,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan itu hari ini.

Kenyataan itu berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku pukul 12 tengah malam kerana itu adalah waktu penutupan ‘roller shutter’ secara automatik.

“Setiap bank akan menutup pintu ‘roller shutter’ ATM pada pukul 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pukul 6 pagi.

“Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup daripada pihak bank untuk mengetahui kejadian sebenar, persatuan turut memohon saksi kejadian untuk berkongsi maklumat melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dikesan,” kata kenyataan itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI