fbpx

Kena belasah sampai ‘KO’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSHUA (kiri) melepaskan tumbukan padu ke muka Pulev pada pertandingan yang menyaksikannya mempertahankan gelaran tali pinggang IBF, WBO dan WBA di Wembley Arena semalam.

LONDON – Juara dunia heavyweight, Anthony Joshua menepati sasaran apabila berjaya menumbangkan petinju Bulgaria, Kubrat Pulev sekali gus mempertahankan gelaran tali pinggang IBF, WBO dan WBA di Wembley Arena semalam.

Petinju berusia 31 tahun dari Britain tersebut hampir meraih kemenangan pada pusingan ketiga selepas tumbukan padu ta­ngan kanan Joshua berjaya membuatkan Pulev tersungkur.

Bagaimanapun, Pulev, 39, berjaya bangkit hingga menggembirakan 1,000 penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan berprestij itu diteruskan sehingga pusingan kesembilan.

Pulev dilihat cuba bangkit, namun usahanya mengekang asakan Joshua gagal dilakukan sebelum tumbang sebanyak dua kali pada pusingan kesembilan sebelum tewas dengan keputusan knock-out (KO).

“Saya harap semua orang berpuas hati dengan perlawanan hari ini. Saya gembira dapat me­lakukannya dan meraih kemena­ngan sekali lagi di gelanggang ini.

“Tinju merupakan sukan kurang bercakap dan lebih kepada tindakan di dalam gelanggang. Itulah yang saya lakukan atas ge­langgang untuk meraih kemena­ngan pada hari ini,” kata Joshua.

Dalam pada itu, Joshua juga tidak menghadapi masalah untuk berdepan Tyson Fury sekiranya perlawanan itu akan dilangsungkan tahun depan.

“Anda bertanya kepada mereka di luar sana, siapa lawan saya selepas ini. Saya bersiap sedia meskipun berdepan Fury,” kata Joshua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI