fbpx

Jualan barangan tiruan dalam talian meningkat semasa PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar Halim melupuskan sebahagian barangan yang dirampas KPDNHEP.

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberitahu jualan barangan tiruan secara dalam talian meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, pihaknya menerima banyak aduan salah laku jualan secara dalam talian semasa PKP.

Katanya, semasa PKP pengguna tidak boleh keluar untuk beli barang dan jualan dalam talian adalah opsyen untuk membeli belah.

“Dalam pada itu ada pihak yang tidak bertanggung jawab tawarkan barangan tiruan ‘sub standard’ kepada pengguna.

“Peniaga dalam talian biasa beroperasi di rumah secara bersendirian bila ada aduan kita buat siasatan siapa tuan punya berdaftar yang buat perniagaan ini,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Pelupusan Ekshinit Perdana di Nilai 3 di sini hari ini.

Tambahnya, kebanyakan barang-barang tiruan datang dari sumber yang murah dan kebanyak datang dari negara China seperti alat ganti kereta dihantar tanpa jenama.

“Bila barang-barang itu sampai di sini diletakkan jenama berkaitan yang mempunyai pemilik cap dagang . Kalau letak jenama sendiri tiada masalah.

“Walaupun berniaga secara kecil-kecilan saya nasihatkan peniaga ini jangan menjual barang tiruan,” tambahnya

Sementara itu, jelasnya, pada majlis itu pihaknya telah meupuskan barang-barang kes bernilai RM32 juta merupakan hasil operasi yang dijalankan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan negeri-negeri berhampiran.

“ Pelupusan barang rampasan hari ini melibatkan kes di bawah pelbagai akta seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Jualan Langsung 1999, Akta Cakera Optio 2000 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI