fbpx

Jogho raih gangsa di pentas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jogho mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Limousine-Champion of The World Category Asia/Africa yang dijalankan secara online pada 5 Disember lalu.

BACHOK – Seekor lembu baka Limousine dari Kampung Keluat di sini yang digelar Jogho mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa dalam pertandingan Limousine-Champion of The World Category Asia/Africa pada 5 Disember lalu.

Dalam pertandingan tersebut, lembu milik Zulkifli Yaakob, 51, itu berada di belakang pencabar utama iaitu La Rhone Viceroy dari Afrika Selatan dan Flemington Quiet Secret Q8 dari Australia.

Rhone Viceroy di nobat sebagai pemenang pingat emas manakala Flemington Quiet Secret Q8 meraih pingat perak.

Zulkifli menyifatkan kejayaan Jogho merupakan salah satu bentuk pengiktirafan tertinggi buat penternak lembu sado di negara ini khususnya di Bachok.

Anak kelahiran Bachok itu berkata, dia terkejut sejurus dimaklumkan berita mengenai kemenangan Jogho.

Menurutnya, berita itu telah menyebabkan dia tidak putus-putus menerima kunjungan daripada peminat-peminat lembu sado untuk melihat Jogho lebih dekat selain mengetahui selok-belok berkaitan haiwan berkenaan.

“Saya tidak akan lokek untuk berkongsi ilmu lembu sado kepada peminat haiwan berkenaan.

“Tujuan saya, agar industri lembu sado ini terus berkembang kerana ia mempunyai potensi besar pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Pura itu memberitahu, dia berharap kejayaan ini menjadi contoh kepada penternak untuk menjadikan lembu sado sebagai industri.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu penyertaan Jogho dalam pertandingan tersebut terutamanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan.

Kosmo 8 November lalu melaporkan, Jogho akan mewakili Asia ke pertandingan yang dijalankan secara online dan dipantau oleh JPV.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI