fbpx

Jaluran cahaya meteor Gemini kelihatan malam semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZAMIR (kiri) merakamkan cerapan fenomena hujan meteor Gemini di Balai Cerap Baitul Hilal, Telok Kemang, Port Dickson malam semalam.

PORT DICKSON – Fenomena jaluran hujan meteor Gemini yang berlaku sejak pukul 10.30 malam semalam sehingga subuh tadi disaksikan di beberapa kawasan di negara ini termasuk di Balai Cerap Baitul Hilal, Telok Kemang, dekat sini.

Ketua Unit Baitul Hilal, Muzamir Mazlan berkata, fenomena itu jarang berlaku dan ia hanya kelihatan pada setiap bulan Disember serta boleh dilihat jelas bergantung kepada cahaya bulan.

“Setiap tahun sekali kita akan nampak pada pada tarikh yang sama, berbanding tahun lepas kita ada gangguan daripada cahaya bulan jadi, pada waktu tersebut cahaya terlalu terang dan agak sukar hendak mencerap meteor.

“Namun, pada malam ini bulan tidak kelihatan dan kita boleh nampak meteor sepanjang malam ini tanpa ada gangguan cahaya bulan. Malam ini agak baik kita boleh lihat jaluran cahaya meteor Gemini ini,” katanya di sini malam semalam.

Muzamir memberitahu, fenomena itu berlaku apabila kedudukan buruj Gemini berada di kedudukan yang lebih tinggi.

“Bermula dengan mengikut kedudukan buruj Gemini di mana ia akan berada di kedudukan yang lebih tinggi dan berada di ufuk, waktu yang sesuai bermula 10.30 malam hingga buruj itu terbenam pada subuh,” katanya.

Tambahnya, meteor semalam juga merupakan satu-satunya fenomena astronomi yang boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan sebarang alat.

Dalam pada itu, Muzamir memaklumkan, sebelum ini pihaknya mengadakan cerapan secara terbuka namun, pada tahun ini agak berbeza kerana daerah Port Dickson masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sudah menjadi kebiasaan kami mengadakan cerapan secara terbuka namun pada kali ini kami tidak mengadakan sebarang aktiviti cerapan dan hanya memberi peluang kepada pengunjung yang menginap di Hotel Klana Beach Resort melihat aktiviti cerapan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI