PENYANYI Kim Jungwoo mengejutkan peminat selepas beberapa keping gambarnya merokok yang ditangkap paparazi menjadi tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.
Seperti yang dilaporkan Koreaboo Kamis, gambar-gambar Jungwoo terlihat dirakam dari jarak jauh.
Jungwoo berusia 22 tahun dan di Korea Selatan, individu berusia 22 tahun tidak dibenarkan merokok.
Selepas gambar-gambarnya tersebar, nama penyanyi kumpulan NCT itu menjadi perbualan hangat dalam Twitter.
Ada peminat memulakan perdebatan dengan mendakwa Jungwoo mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja, termasuklah merokok dan minum minuman beralkohol.
“Boleh tak paparazi jangan kacau mereka (artis) dan biarkan sahaja mereka buat apa sahaja,” kata seorang peminat.
Sementara itu, sesetengah peminat pula menyifatkan selebriti popular seperti Jungwoo perlu menjadi suri teladan kepada semua orang terutama peminat.
“Jungwoo sudah dewasa dan bebas menentukan hidupnya, tetapi merokok itu buruk,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.
Sehingga kini, tiada penjelasan rasmi tentang perkara tersebut daripada Jungwoo mahupun pengurusannya berhubung perkara tersebut.