PETALING JAYA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menanggung hutang mencecah RM10.7 bilion selepas berhadapan dengan masalah kewangan sejak tahun 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia antara lain disebabkan kerugian dan kemorosotan pendapatan sebelum cukai serta penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia pada tahun 2012.
“Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012 menyebabkan felda kehilangan sumber yang penting selain harga kepala sawit yang kurang memberangsangkan.
“Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, Felda terpaksa membuat pinjaman dan menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.