fbpx

Dewan Rakyat tidak ubah SOP cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

PETALING JAYA – Prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 tidak diubah semata-mata bagi membolehkan Ahli Parlimen yang sedang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) hadir ke Dewan Rakyat untuk mengundi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan, SOP sedia ada masih mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Saya tak ubah SOP. Saya ikut SOP ditetapkan oleh KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Sebelum ini pun kita beri sedikit kekangan kepada kehadiran (di Dewan Rakyat), tetapi kita benarkan semua masuk ke dalam dewan semasa pengundian dan ketiga-tiga itu bukan keputusan saya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) mengapa membenarkan Ahli Parlimen yang merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 memasuki Dewan Rakyat.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan dipetik berkata, Tiga Ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat, namun perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

Mereka ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI