KUALA LUMPUR – Pelan Pemulihan yang sedang dilaksanakan oleh Amanah Raya Bhd. (Amanah Raya) dijangka mengalami kelewatan ekoran pandemik Covid-19
Menurut kenyataan syarikat, melalui pelan pemulihan tersebut, syarikat akan berupaya menyusutkan nilai defisit sebanyak RM400 juta dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
“Pihak Pengurusan dan embaga pengarah menjangkakan defisit dana akan pulih sepenuhnya menjelang tahun 2025.
“Kami akan terus mempertingkatkan lagi proses tadbir urus sedia ada di samping menjalankan penelitian secara serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit Negara 2019 oleh Jabatan Audit Negara (JAN) bagi memastikan hanya amalan terbaik dapat diterapkan bagi menangani setiap isu yang telah dibangkitkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Amanah Rakyat mengulas mengenai kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkaitan Amanah Raya yang dikeluarkan JAN baru-baru ini.
Menurutnya, Lembaga Pengarah secara sebulat suara telah menyatakan komitmen untuk memastikan hasil pengauditan dapat ditangani dengan baik dan cadangan penambahbaikan yang disarankan dapat dilaksanakan.
Dalam menangani isu yang telah dibangkitkan JAN berhubung prestasi dana yang diurus, Amanah Raya telah mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki prestasi dana berkenaan yang mana Pelan Pemulihan Dana telah dibentang dan diluluskan oleh lembaga pengarah.