fbpx

1,371 kes baharu, empat kematian dicatat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1,371 jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,371 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sebanyak 84,846 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

“Selain itu, terdapat 1,204 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid sebanyak 70,597 kes.

“Terdapat empat lagi kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 419 kes,” katanya pada sidang akhbar secara maya ditayangkan pada Facebook Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 114 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI