fbpx

Sogok polis RM250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Indonesia ditahan bersama pasangannya selepas disyaki cuba menyogok polis semasa sekatan jalan raya di Jalan Endau-Rompin, Mersing semalam.

MERSING – Seorang lelaki Indonesia bertindak menyogok polis sebanyak RM250 membawa padah apabila dia ditahan bersama pasangannya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SRJ) Ops Benteng di Jalan Endau-Rompin pada pukul 5.45 petang.

Katanya, lelaki itu ditahan selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta dipandu lelaki itu juga terdapat wanita berusia lebih kurang 43 tahun duduk disebelah penumpang.

“Setelah diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri.

“Semasa proses dokumentasi dijalankan di pondok SRJ yang sama lelaki tersebut cuba memberi wang tunai sebanyak RM250 sebagai sogokan kepada anggota polis bertugas supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, anggota polis bertugas kemudian mengambil tindakan menangkap pasangan tersebut dan merampas wang tunai terbabit untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan juga Seksyen 214 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI