fbpx

Sejarah Maritim Malaysia rampas RM105.9 juta dadah di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Zubil Mat Som (tengah) pada sidang akhbar rampasan dadah methamphetamine bernilai RM105.9 juta di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang, George Town di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia negeri berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah terbesar dalam sejarah negara bernilai RM105.9 juta selepas menahan seorang keldai dadah di kedudukan 5.3 batu nautika selatan Pulau Kendi, Teluk Kumbar di sini Rabu lalu.

Suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun tersebut diberkas selepas bot pemancing yang dikemudinya itu terserempak dengan anggota pasukan terbabit semasa membuat rondaan Ops Pertiwi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, pihaknya berjaya mengesan suspek sejurus mendapati bot terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dari Sungai Juru, Seberang Perai Tengah.

Menurutnya, suspek enggan memberi kerjasama sebaik anggota mengarahnya supaya berhenti lalu dia bertindak nekad terjun ke laut.

“Sebelum itu, berlaku aksi mengejar bot suspek kurang setengah jam dan suspek membiarkan bot tersebut terus meluncur laju.

“Anggota berjaya menarik suspek naik ke atas sebelum memberhentikan bot berkenaan di lokasi berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut telah menemui 130 guni berwarna kuning yang diletakkan di segenap ruang bot dan sebaik dibuka terdapat 1998 bungkusan minuman teh cina berisi dadah jenis methamphetamine dengan keseluruhan berat 2,118 kilogram.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama seminggu membantu siasatan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya termasuk mengesan saki baki terutama ketua sindiket. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI