fbpx

Persimpangan maut ancam nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI simpang empat di Jalan Domomite Business Park berdekatan Pos Laju di Gombak yang sering berlaku kemalangan ekoran tiada lampu isyarat dan tanda amaran untuk kemudahan pengguna jalan raya. - FAUZI BAHARUDIN

GOMBAK – Satu simpang empat yang terletak di Jalan Dolomite Business Park berdekatan Pos Laju di sini boleh diibaratkan sebagai ‘persimpangan maut’ ke­rana kekerapan berlaku kemala­ngan di kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! Ahad baru-baru ini mendapati, persimpa­ngan tersebut tidak mempu­nyai lampu isyarat, bonggol jalan mahu pun tanda berhenti di tepi jalan sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna.

Selain itu, penduduk turut memberitahu kawasan berkenaan sering berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa.

Difahamkan, beberapa laporan telah dibuat berulang kali kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi bagaikan tiada jalan penyelesaian ekoran kedudukan persimpangan berkenaan yang mengelirukan sama ada berada di bawah kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut pekerja swasta, Asmizam Razali, 31, kemalangan di kawasan itu biasanya berlaku di sebabkan kecuaian pemandu ekoran kurangnya tanda amaran.

“Penunggang motor sering menjadi mangsa di kawasan ini. Sudah beberapa kali kemalangan terjadi depan mata, saya lihat pemandu kereta memandu laju dan tidak memperlahankan kende­raan semasa berdekatan dengan simpang itu.

“Saya harap sangat pihak berkuasa tempatan dapat turun padang dan lihat sendiri betapa bahayanya untuk keluar masuk di simpang ini. Jika tersilap langkah, boleh mengorankan nyawa,” katanya.

Seorang lagi pekerja swasta, Mohamad Salamin Fauzi, 25, berkata, penduduk di kawasan berkenaan telah banyak kali membuat laporan, namun tiada pihak yang mahu bertanggungjawab atas alasan kawasan itu bukan berada di bawah seliaan mereka.

“Memang jika dilihat jalan itu terletak betul-betul di sempadan antara DBKL atau MPS tetapi, bila kami cuba laporkan kepada mereka, mereka kerap kali menolak dengan memberitahu itu bukan kawasan tanggungjawab mereka.

“Kami sebagai penduduk turut buntu, kami tidak mahu kemalangan maut terus berterusan,” jelasnya.

Tambah Salamin, dia sangat berharap agar PBT dapat membantu penduduk di sekitar, memandangkan kawasan tersebut turut menjadi laluan kenderaan berat.

“Di sini banyak kawasan kilang, banyak kenderaan yang membawa muatan berat keluar masuk dan menggunakan simpang ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI