fbpx

Langkah berani tarik kepercayaan pelabur.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menerima cenderahati daripada wakil MIC Pagoh sempena Majlis Sambutan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ladang Temiang, Renchong, Muar, hari ini.

MUAR – Malaysia perlu mengambil langkah berani dengan menawarkan insentif yang lebih tinggi sebagai usaha menarik semula kedatangan pelabur ke negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara insentif yang ditawarkan adalah menambah baik pelaksanaan cukai bagi memastikan kestabilan ekonomi.

“Sekarang ini kalau kita tak usaha betul-betul, seluruh dunia mahukan pelaburan, jadi sekiranya Malaysia tidak ada satu langkah berani untuk menawarkan insentif yang lebih seperti cukai dan sebagainya, maka pelabur tidak akan datang ke negara kita.

“Dan apabila mereka tidak datang ke negara ini, pastinya sukar untuk kita menyediakan peluang-peluang pekerjaan kelak,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ladang Temiang, Renchong di sini, sebentar tadi.

Menurut beliau, adalah suatu yang merugikan sekiranya peluang itu tidak dimanfaatkan berikutan Malaysia ketika ini masih lagi menjadi pilihan pelabur dari negara luar.

“Sekarang ini susah untuk cari pelabur datang ke negara kita. Walhal, Malaysia adalah antara negara yang mereka pilih kerana nampak ia lokasi tepat untuk melabur.

“Buktinya dahulu, dalam ekonomi yang baik kita mudah cari pekerjaan, sebelum ini ada pelabur-pelabur dari luar negara seperti Amerika, China, Jepun, Korea dan Singapura yang datang untuk membuka kilang. Mereka dirikan syarikat yang mengeluarkan produk-produk dikehendaki pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, justeru kerajaan ketika ini komited dalam menyediakan 500,000 peluang pekerjaan sebagai persediaan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja oleh para pelabur kelak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI