fbpx

Kepanasan Aliff-Wani Chomel vs Michael-Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Wani Chomel, Aliff Syukri, Michael Ang dan Noraniza Idris mengisi kehangatan seminggu dalam media sosial.

DUNIA hiburan tanah air agak suram dari segi aktiviti seni, namun dari sisi lain, ada sahaja insiden yang menjadi peledak suasana.

Belum reda kisah penganiayaan yang kononnya dilakukan jutawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebagaimana didakwa gadis montel, Wani Chomel, timbul pula perang media sosial antara mengaitkan penyanyi legenda Noraniza Idris bersama sutradara, Michael Ang.

Dua corak pertelagahan dengan dua subjek berbeza yang diperjuangkan, selebriti kira diwakili oleh legenda dan budak-budak baru nak up (BBNU), adakalanya sama sahaja. Tetap mahu juara dan bergaduh secara terbuka seperti tiada ruang komunikasi privasi untuk dijaga.

Wani Chomel dimanipulasi

Wani Chomel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim muncul secara terbuka menuntut bayaran pampasan seperti yang pernah dijanjikan kepadanya.

Menerusi sidang akhbar yang diadakan pada petang 4 Disember lalu, gadis berusia 23 tahun itu terang-terang mendakwa dirinya dianiaya dan seolah-olah dimanipulasi oleh Aliff.

Tidak cukup dengan itu, Wani tampil memberitahu media haknya sebagai duta produk pelansingan milik usahawan itu seakan-akan dikhianati menerusi perjanjian kontrak berat sebelah.

Wani yang ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi turut menuntut pampasan dan habuan yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak selama dua tahun yang telah ditandatanganinya.

“Selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya.

Anak kelahiran Jerantut, Pahang itu mendakwa, segala rawatan susulan dilakukan sendiri tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.

Tidak sekadar berdiam diri, selang dua hari kemudian, Aliff bersama peguamnya turut tampil membuat satu sidang akhbar berhubung kenyataan balas terhadap pihak Wani.

Menurut Aliff, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Wani Chomel sehinggalah pihak gadis yang didakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman terhadapnya.
Aliff, 33, turut mengakui ada pihak dan dalang di sebalik insiden tersebut yang cuba menjatuhkan diri serta perniagaannya dengan cara mengeksploitasi gadis naif tersebut.

Selar-menyelar

Belum bernoktah kisah antara Aliff dan juga Wani, radar dunia hiburan tempatan bergetar pula dengan luahan Noraniza Idris terhadap kritikan dan komen pedas si pengarah dan juga penerbit, Michael Ang.

Ratu Irama Malaysia itu sedih dan kecewa dengan kritikan khalayak, terutama Michael sepanjang beraksi dalam Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Menurut Noraniza, dia agak terbuka untuk menerima kritikan, namun biarlah berpada-pada tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

“Apabila kritikan melibatkan hati ahli keluarga, sehingga mereka sedih, perasaan saya jadi bercampur baur, sedih dan kecewa,” katanya.

Noraniza terkilan selepas Michael menerusi Twitter begitu konsisten lantang mengkritik persembahannya dalam GV7.

Bagi pihak Michael, dia menyimpan rasa serupa terhadap penyanyi itu apabila perihal imannnya sebagai mualaf dibangkitkan dalam perdebatan.

“Apa yang membuatkan saya sedikit terkilan apabila Kak Ani (Noraniza) atau peminatnya, apabila ada dakwaan masuk Islam sebab mahu raih populariti dan glamor,” ujar Michaeal.

Bagaimanapun, dakwaan oleh Michael itu dinafikan sendiri oleh Noraniza yang memberitahu bahawa perkara tersebut tidak pernah keluar daripada mulutnya.

Noraniza ingin bersemuka dengan Michael untuk mengetahui jika pengarah tersebut mempunyai masalah atau rasa tidak puas hati terhadapnya selepas tamat GV7.

Sementara itu, Michael semasa dihubungi memberitahu, dia tidak mempunyai masalah dengan penyanyi yang popular menerusi lagi Dikir Puteri itu dan bersedia untuk berjumpa dengannya kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI