Ketika Diva sedang asyik melihat wajah bayi sulung Emma Maembong, muncul pula satu hantaran Instagram milik sepupunya, Aprena Manrose.
Dalam hantaran tersebut, Aprena memuat naik dua keping foto yang memaparkan dia meletakkan anak sulung Emma Maembong, Shariq dia atas badannya.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kapsyen yang ditulis Aprena kerana dikatakan telah menyentuh hati netizen.
“Molek seketul tidur atas dada. Tiada anak tapi anak orang pun jadilah untuk rasa ada anak sendiri.
“Saya sayang awak Shariq, semoga jadi anak yang soleh. Kalau mama baba sibuk, silalah hantar pada saya ya,” tulisnya.
Ramai yang tersentuh membaca perkongsian Aprena tersebut kerana merasakan dia menumpang kasih sayang dengan bayi comel itu.
Ramai yang mendoakan dia dan suami akan dikurniakan cahaya mata.
Diva juga mendoakan agar urusan dan usaha Aprena untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas empat tahun berkahwin dipermudahkan.
DIVA: Kasihan dengan nasib Wani Chomel. Bertimpa-timpa dugaan sakit yang berlaku kepada dirinya, semoga terus kuat dan kembali sihat.